Kekejangan Otot ketika Bersukan

17 May 2011



    Pada 15 Mei 2011, berlansungnya Sukan HALUAN Zon Wilayah Tengah- Selatan yang berlansung di Kompleks Sukan Titiwangsa dan Gelanggang Futsal dan Badminton JJB, Wangsa Maju. Pelbagai peringkat umur dan pasukan menyertai sukan- sukan yang dipertandingkan; bola tampar, badminton, ping pong dan futsal. Berterasakan ukhuwwah, perjalanan hari sukan ini berlansung dengan aman dan penuh mahabbah. Hari sukan ini diakhiri dengan penentuan juara futsal melalui perlawanan liga. Sepanjang berlansungnya liga final futsal tersebut, berlakunya beberapa insiden kekejangan otot oleh beberapa pemain hingga suatu ketika terdapat dua pemain yang mengalami kekejangan otot pada satu masa yang sama! Kredit di berikan kepada Dr Farhan Hadi yang bertindak pantas, memberikan rawatan kepada pemain- pemain yang mengalami kekejangan otot tersebut. Justeru, timbul persoalan di sini bagaimana kekejangan otot ini boleh berlaku?

Kekejangan otot?

Kekejangan otot merupakan pengecutan (contraction) otot yang tidak terkawal menyebabkan otot tidak dapat berehat secara normal. Kebiasaannya, apabila kita menggunakan atau menggerakkan otot boleh kawal seperti tangan atau kaki, maka otot tersebut akan silih berganti bertukar di antara pengecutan dan berehat. Dalam keadaan normal, otot yang terdiri daripada jaringan fiber- fiber halus akan mengecut dan berehat secara sekata (synchronize). Namun begitu, apabila terdapat jaringan otot yang secara tiba- tiba mengecut secara tidak terkawal akan menyebabkan ketegangan (spasm) otot. Ketegangan otot yang kuat dan berpanjangan menyebabkan kekejangan otot berlaku. Buktinya, kita dapat perhati dan memegang otot- otot yang terlibat yang menjadi keras sewaktu kekejangan otot berlaku. Keadaan ini boleh berlansung dari hanya beberapa saat hingga kepada beberapa minit, atau mungkin lebih lama daripada itu.

Puncanya?

Terdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan, ianya disebabkan oleh:

  • Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan
  • Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan
  • Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih
  • Aktiviti sukan yang terlalu lasak
Gejala- gejala kekejangan otot.

  • Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan individu tersebut berhenti dari meneruskan aktiviti sukannya.
  • Otot yang terlibat menjadi tegang, mengeras dan sakit bila di pegang. Dalam keadaan yang teruk ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot yang terlibat.
Apa yang boleh dilakukan ketika kekejangan otot?

  • Regangkan otot yang kekejangan
    Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu regangan dilakukan. Contohnya:

  • Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic), minyak atau krim ubatan panas. Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit di sebabkan kekejangan.
  • Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.

  • Menurut kajian yang dilakukan oleh Bergeron (2008), pengunaan segera minuman karbohidrat- elektrolit yang mengandungi atau ditambah dengan 3.0g garam galian yang diminum sekaligus atau dalam tempoh 5-10 minit terbukti dapat mengatasi masalah kekejangan otot dan mengelakkan dari berulang kembali masalah yang sama.
Bagaimana untuk mencegah dari kekejangan otot?

  • Lakukan regangan dan pemanasan badan yang cukup sebelum aktiviti sukan
  • Lakukan variasi dari segi gerakkan badan sewaktu bersukan
  • Menyediakan air dan snek yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit/ garam galian yang mencukupi.
    Cadangan kadar air hilang yang perlu diganti ialah 1.5L bagi setiap sejam aktiviti sukan; ini bergantung kepada kadar perpeluhan, cuaca dan jenis aktiviti sukan. Formula menggantikan kadar air yang hilang ini digalakkan diguna pakai pada aktiviti sukan yang lasak dan berdurasi panjang seperti bola sepak, marathon, bola keranjang, ragbi dan treking.
Dari perspektif islam?

    Justeru, sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal terutama yang berdurasi panjang atau lasak, persediaan yang mencukupi sangat di tekankan. Ianya termasuklah persediaan regangan badan atau minuman dan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit yang memadai. Hal ini telah di ingatkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:

"Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan" (Al-Anfal: 60)

Sebagai seorang muslim/ mukmin, seharusnya kita memasang niat riadahah atau bersukan hanya untuk Allah s.w.t di samping berhajat untuk mendapatkan kesihatan badan daripadaNya. Selain itu, untuk mengelakkan mudharat ketika bersenam, variasi gerakan dalam senaman juga sangat dititik beratkan kepada setiap individu. Saranan- saranan ini juga telah termaktub di dalam al-Quran:

"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran: 191)

    Begitulah kaedah islam mencegah dari sebarang kemudharatan. Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.

    Kesimpulannya, islam sememangnya menggalakkan aktiviti riadhah dan senaman. Namun begitu, islam tidak pula menggalakkan kemudharatan dalam setiap aktiviti atau perkara yang dilakukan. Justeru, penting untuk setiap individu mengambil kira pelbagai faktor dan persiapan sebelum memulakan sebarang aktivti fizikal, terutamanya bagi mengelakkan kekejangan otot sewaktu bersukan. Jadi, islam menekankan kaedah pencegahan sebelum sesuatu kemudharatan berlaku. Begitulah indahnya islam!



Disediakan: Azrul Aminur Rashid Yunus



Sumber rujukan:

http://tennis-health.com/Articles/tabid/128/Articles/Musclecramps/tabid/155/Default.aspx

http://www.medicinenet.com/muscle_cramps/article.htm

http://www.moondragon.org/health/disorders/musclecramp.html

3 comments:

KakSuey said...

ubat tahan sakit jenis losyen tu selalu cikgu bekalkan time sekolah dulu masa hari sukan sekolah

natura said...

Kalau jenis altet memang akan sentiasa spray bila jadi kejang kaki tue.
Mula2 rasa kebas lepas kena spray.
Tapi lama2 rasa selesa.
Saya kurang suka guna spray tue bila kejang kaki.

Unknown said...

Saya puas cari kaedah yg terbaik utk elakkan krem..tp tak jumpa2..saya aktif berbasikal tiap kali event mesti kena krem..tak tahu nak buat mcm mana lagi.

Post a Comment